Bubur Jagung Keju Berkrim.
Bahan-bahan diperlukan buat Bubur Jagung Keju Berkrim :
- Sediakan 1 tin Jagung Manis Adabi.
- Sediakan 1/2 tin Jagung Berkrim Adabi.
- Siapkan 1 kotak Santan (Cikna guna Kara).
- Sediakan 1 helai Daun Pandan.
- Sediakan 2 gelas Air.
- Siapkan 3 sudu besar Sagu.
- Siapkan 4 sudu besar Mozarella Cheese.
- Sediakan 3-5 sudu besar Gula Perang.
- Sediakan 1 sudu kecil Garam.
Cara Menyediakan dan memasak Bubur Jagung Keju Berkrim
- Rendam sagu dengan air panas sebentar. Kemudian tapis dan ketepikan..
- Tapis jagung manis. Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi bersama jagung berkrim, santan, daun pandan & air..
- Tekan butang 'cook' dan biar bubur mendidih. Tak perlu tutup periuk kerana bubur perlu dikacau selalu utk elakkan santan berketul. Bila bubur dah dekat nak mendidih masukkan sagu..
- Selalunya butang 'cook' akan bidas balik lepas sampai tahap panas maksima. Cara tak nak bagi butang 'cook' tu bidas balik ialah sendal dengan sudu seperti dalam gambar 🤣.
- Lepas bubur dah mendidih, masukkan cheese. Kacau hingga cheese cair kemudian perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Siap..