Cara Masak Masak Lemak Cili Api Ayam Salai Rasa Premium

Makanan Lezat, Mesra Ekonomi

Masak Lemak Cili Api Ayam Salai.

Masak Lemak Cili Api Ayam Salai

Bahan-bahan diperlukan buat Masak Lemak Cili Api Ayam Salai :

  1. Sediakan 1/2 ekor ayam pencen disalai (ayam kampung lagi sedap).
  2. Sediakan 10 biji cili padi (nak pedas boleh tambah lagi).
  3. Sediakan 2 inci kunyit hidup.
  4. Sediakan 3 batang serai.
  5. Siapkan 2-3 helai daun kunyit.
  6. Siapkan 1 kotak kecil santan (2 kotak jika nak pekat).
  7. Siapkan 1 mangkuk kecil belimbing buluh.
  8. Sediakan 1-2 cawan air.
  9. Sediakan 1 sudu kecil garam (secukup rasa).
  10. Sediakan 1-2 sudu besar gula (secukup rasa).

Langkah memasak Masak Lemak Cili Api Ayam Salai

  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Salai ayam di atas api dapur gas dengan menggunakan api perlahan. Selepas salai, potong kecil ayam tersebut. Gambar ini saya salai 1 ekor ayam, separuh ayam yang disalai saya simpan untuk masak di lain hari.
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit hingga hancur. Tumis cili padi dan kunyit sehingga naik bau. Tak nak tumis pun boleh, iaitu terus masukkan ayam dan santan..
  3. Masukkan ayam, serai dan secawan air. Ayam pencen memerlukan masa yang agak lama untuk empuk. Masukkan daun kunyit..
  4. Bila sudah nampak empuk, masukkan santan kelapa. Jika ingin kuah pekat, guna 2 kotak kecil santan. Masukkan belimbing buluh, garam dan gula secukup rasa. Jika tidak letak belimbing buluh, masukkan 2-3 asam keping..
  5. Masak sehingga ayam empuk dan boleh la makan😋. Jika ingin cepat empuk, boleh gunakan pressure cooker untuk menjimatkan masa. Ok boleh dihidangkan, in shaa Allah sedap👌.

Cara Masak Masak Lemak Cili Api Ayam Salai Rasa Premium

Makanan Lezat, Mesra Ekonomi