resipi: Ayam Masak Lemak Cili Api dengan Belimbing Buluh (Rice Cooker) Mesra Ekonomi!

Makanan Lezat, Mesra Ekonomi

Ayam Masak Lemak Cili Api dengan Belimbing Buluh (Rice Cooker).

Ayam Masak Lemak Cili Api dengan Belimbing Buluh (Rice Cooker)

Bahan-bahan diperlukan buat Ayam Masak Lemak Cili Api dengan Belimbing Buluh (Rice Cooker) :

  1. Sediakan 1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil).
  2. Siapkan 2 biji bawang merah (dikisar).
  3. Sediakan 3 ulas bawang putih (dikisar).
  4. Sediakan 1 inci halia (dikisar).
  5. Sediakan 1 inci kunyit hidup (dikisar).
  6. Siapkan 2 batang serai (diketuk).
  7. Siapkan 1 helai daun kunyit.
  8. Siapkan 1 kotak kecil santan.
  9. Siapkan 13 biji cili api (dibuang tangkai & dikisar).
  10. Sediakan 500 ml air.
  11. Sediakan 15 biji belimbing buluh (dibersihkan).
  12. Sediakan 1 sudu garam.

Cara Menyediakan dan memasak Ayam Masak Lemak Cili Api dengan Belimbing Buluh (Rice Cooker)

  1. Hidupkan suis periuk nasi & tutupkan dengan penutupnya..
  2. Sediakan bahan-bahan untuk dikisar (bawang merah, bawang putih, cili, kunyit hidup, halia). Serai cukup sekadar diketuk. Manakala untuk daun kunyit, koyakan & buang batang keras di tengah daun..
  3. Setelah bahan-bahan siap dikisar, tuang ke dalam periuk nasi yang sudah dipanaskan tadi. Masukkan juga serai & daun kunyit. Kacau seketika..
  4. Masukkan ayam, santan & garam. Gaul rata..
  5. Masukkan 500ml air (ikut kesesuaian nak kuah pekat mana). Kacau seketika & tutup periuk nasi dengan periuknya..
  6. Masukkan belimbing buluh yang telah dibersihkan ke dalam periuk nasi. Kacau seketika & tutup kembali periuk nasi dengan penutupnya. (Bila menggunakan belimbing buluh, tidak perlu lagi masukkan asam keping atau air asam jawa sebab belimbing buluh juga menghasilkan rasa masam)..
  7. Bila kuah telah mendidih, kacau lagi seketika & boleh tutupkan suis periuk nasi. Sudah siap๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘. Selamat mencuba. (Tips: tidak boleh dibiarkan suis sentiasa buka kerana lama-lama kuah akan kering & pekat)..

resipi: Ayam Masak Lemak Cili Api dengan Belimbing Buluh (Rice Cooker) Mesra Ekonomi!

Makanan Lezat, Mesra Ekonomi