Pulut Kuning Berhias Bersama Rendang Daging Mummy.
Bahan-bahan diperlukan buat Pulut Kuning Berhias Bersama Rendang Daging Mummy :
- Sediakan Pulut Kuning.
- Siapkan 1 kg beras pulut.
- Siapkan 1 kg santan segar.
- Sediakan 300 ml air.
- Sediakan Pewarna kuning secukupnya.
- Sediakan Garam secukup rasa.
- Sediakan Rendang Daging.
- Sediakan 1 kg daging.
- Siapkan 15 tangkai cili kering (tambah jika suka pedas).
- Sediakan 20 biji cili api.
- Sediakan 5 biji bawang besar.
- Sediakan 10 ulas bawang putih.
- Sediakan 3 inci halia.
- Siapkan 2 inci lengkuas.
- Siapkan 10 batang serai.
- Sediakan 3 inci kunyit hidup.
- Siapkan 20 g kerisik.
- Siapkan 200 g santan.
- Sediakan Gula, garam dan bahan perasa sekucup rasa.
Cara Menyediakan dan memasak Pulut Kuning Berhias Bersama Rendang Daging Mummy
- Rendam pulut bersama pewarna kuning 2-3jam sebelum di kukus.. Kukus pulut tanpa air sehingga pulut kembang, jangan lupa balik-balikkan pulut supaya masak sekata ya.. Pulut letakkan dalam penapis supaya sentiasa kena wap...
- Masak santan yg dicampur 300ml air dalam periuk lain sehingga mendidih..Pulut yg telah kembang dan masih panas gaul bersama santan yg telah dimasak tadi...
- Dah sebati, kukus semula sebentar dalam 10-15minit.. Jika nak buat untuk pulut berhias terus tekan dalam acuan waktu pulut masih panas😉.
- Blend semua bahan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili api, cili kering, kunyit hidup.. Campurkan sekali kerisik dan masak bersama daging.. Mummy suka rebus daging sekejap bagi lembut sikit sebelum masak bersama bahan blend, supaya masa memasak cepat🤭.
- Selepas daging lembut masukkan santan, gula, garam, serbuk perasa secukup rasa.. Hiris nipis daun kunyit dan masukkan sekali...