Cara Masak Ayam goreng ala Thai yang memikat Hati Ramai

Makanan Lezat, Mesra Ekonomi

Ayam goreng ala Thai.

Ayam goreng ala Thai

Bahan-bahan diperlukan buat Ayam goreng ala Thai :

  1. Siapkan 2 dada ayam dipotong kecil (takde dada ayam, saya guna sebelah bahagian ayam potong sederhana besar.
  2. Siapkan 2 sudu besar ketumbar disangai dan ditumbuk halus*.
  3. Siapkan 1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus*.
  4. Siapkan 2 sudu besar sos tiram*.
  5. Siapkan Sedikit garam*.
  6. Sediakan 5 ulas bawang putih dicincang.
  7. Sediakan Sedikit minyak.
  8. Siapkan Bahan sos.
  9. Sediakan 2-3 sudu besar serbuk cili.
  10. Siapkan 2 sudu besar gula kabung (somtam).
  11. Sediakan 2 sudu besar air asam jawa.
  12. Siapkan 2 sudu besar jus limau.
  13. Siapkan 2 sudu sos ikan.
  14. Sediakan 1-2 biji tomato (dipotong dadu, buang biji).
  15. Sediakan 4-5 biji belimbing buluh (dipotong bulat).
  16. Siapkan Sedikit cili padi.
  17. Sediakan 2 sudu besar beras disangai dan ditumbuk.
  18. Siapkan 1 labu bawang merah india (dipotong kecil).
  19. Siapkan Sedikit daun ketumbar (dihiris kecil) - ( saya gantikan dengan daun parsli kering.

Cara Menyediakan dan memasak Ayam goreng ala Thai

  1. Sangai ketumbar dan tumbuk halus. Tumbuk lada hitam..
  2. Perap ayam bersama bahan-bahan * selama 1/2 jam. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam. Goreng selama 3-5 minit..
  3. Oleh kerana saya menggunakan isi dan tulang ayam, saya terpaksa menggoreng ayam dengan minyak yang banyak hingga separuh masak. Toskan minyak nya..
  4. Sangai beras dan ditumbuk halus..
  5. Campurkan gula kabung, serbuk cili, air asam jawa, jus limah dan sos ikan. Masukkan tomato, belimbing buluh dan bawang merah (tinggalkan sedikit).
  6. Masukkan bancuhan sos ke dalam ayam tadi, gaul rata. Masukkan beras dan gaul hingga pekat. Tutupkan api dan tabur bawang merah, belimbing buluh, tomato dan cili padi. Tabur daun ketumbar. Saya guna daun parsli kering je sebab kehabisan daun ketumbar..

Cara Masak Ayam goreng ala Thai yang memikat Hati Ramai

Makanan Lezat, Mesra Ekonomi