Kek Sarang Semut.
Bahan-bahan diperlukan buat Kek Sarang Semut :
- Siapkan 1 cawan gula pasir.
- Siapkan 1 cawan air panas (betul2 panas).
- Siapkan 3 sudu makan marjerin (saya guna marjerin pelangi).
- Siapkan 1 cawan tepung gandum.
- Siapkan 4 biji telur.
- Siapkan 3/4 cawan susu pekat manis.
- Siapkan 2 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat.
- Sediakan 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder.
- Siapkan 1 penutup botol esen vanilla.
Cara Menyediakan dan memasak Kek Sarang Semut
- Cairkan gula di dalam periuk kecil/kuali dengan menggunakan api yang kecil. Biarkan hingga gula mencair dan bewarna perang. Boleh kacau sekali sekala. Proses pencairan gula ni agak mengambil masa..
- Bila gula sudah hampir cair sepenuhnya, boleh masak sedikit air guna heater..
- Bila gula telah cair sepenuhnya, masukkan air panas (betul-betul panas) ke dalam cairan gula. Hati-hati ketika memasukkan air panas sebab cairan gula akan menggelegak..
- Kacau hingga gula dan air panas betul sebati..
- Masukkan marjerin. Dan gaul rata..
- Tutup kan api. Biarkan sejuk seketika..
- Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kacau perlahan guna whisk untuk kuning telur pecah sahaja..
- Masukkan esen vanilla, dan susu pekat. Kacau rata..
- Masukkan adunan gula hangus tadi ke dalam mangkuk berisi adunan telur tadi. Kacau hingga rata..
- Ayakkan tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder..
- Masukkan tepung ke dalam adunan yang dicampur tadi. Adun hingga sebati. Jangan kacau terlalu kuat, cukup hingga rata sahaja. Akan ada tepung yang tak larut dan berbintil..
- Oleskan loyang dengan marjerin, dan alas kan dengan baking paper supaya kek tidak melekat pada loyang..
- Tapiskan adunan kek sarang semut ke dalam loyang..
- Biarkan sekurangnya 2 jam untuk mendapatkan struktur sarang semut yang cantik. Makin lama peram, lagi jelas sarang nya..
- Kukus selama 1 jam 15 minit atau hingga masak. Kena tutup loyang dengan aluminium foil..
- Keluarkan kek dari loyang, dan biarkan sejuk di atas redai..
- Siap. Sedia untuk dimakan..