Mudah! Cara Buat Mini Kek Batik Milo Rasa Premium

Makanan Lezat, Mesra Ekonomi

Mini Kek Batik Milo.

Mini Kek Batik Milo

Bahan-bahan diperlukan buat Mini Kek Batik Milo :

  1. Sediakan Secawan Milo.
  2. Sediakan Setengah cawan susu pekat.
  3. Sediakan 150 g Biskut Marie Tiger.
  4. Siapkan 1/3 Buttercup.

Langkah memasak Mini Kek Batik Milo

  1. Patah-patahkan Biskut Marie tu dulu. Patah 2 jer pun boleh.
  2. Panaskan periuk anda. Saya guna periuk yang tak mudah melekat tu. Api dapur jangan besar sangat. Kawal api dapur anda.
  3. Masukkan buttercup dalam periuk dan cairkan..
  4. Masukkan milo dan kacau sehingga cair dan sebati.
  5. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan Biskut Marie dan kacau sehingga sebati.
  7. Sebati semua, tutup api dapur dan terus masukkan ke dalam bekas kecik atau container kecik (yang telah disapu buttercup supaya tak melekat) Jangan lambat buat kek batik ni.
  8. Guna sarung tangan plastik dan tekan-tekan kek batik dalam bekas sehingga rata. Biarkan sekejap sehingga sejuk, baru boleh masukkan ke dalam peti ais. Selepas 2-3 jam, boleh dimakan ler tu.
  9. Is doneeeeeeeeee. Senang jer tau. Tak payah buat seloyang besar kalau buat untuk sendiri. Kalau nak sedekah kat jiran, boleh ler buat besar2.

Mudah! Cara Buat Mini Kek Batik Milo Rasa Premium

Makanan Lezat, Mesra Ekonomi