Mudah! Resipi Kue Ubi Kayu buat Si Beginner!

Makanan Lezat, Mesra Ekonomi

Kue Ubi Kayu.

Kue Ubi Kayu

Bahan-bahan diperlukan buat Kue Ubi Kayu :

  1. Sediakan Tepung gandum (2 sudu mkn dan ayak).
  2. Siapkan Telur 3 biji (Gred B).
  3. Siapkan Gula pasir (1/2cwn).
  4. Sediakan Marjerin ataupun Butter (100gram).
  5. Sediakan Esen vanila.
  6. Sediakan Baking powder (1 sudu teh).
  7. Siapkan Ubi Kayu (500gram / diparut).
  8. Siapkan Bahan-Bahan untuk membuat Kue Ubi Kayu. Jom Cuba!.

Cara Menyediakan dan memasak Kue Ubi Kayu

  1. Telur dibahagikan kepada dua bahagian. kuning dan putih asingkan. selepas itu, cairkan marjerin ataupun butter agak2 sampai 100gram..
  2. Pertama sekali, 3 kuning telur dicampur dengan gula pasir dan esen vanila lalu di pukul menggunakan mixture sehingga kembang. jika sudah kembang, masukkan marjerin lalu dipukulkan lagi menggunakan mixture dalam kelajuan rendah. pastikan waktu ni masih dalam keadaan kembang bukan cair ya..
  3. Kedua, masukkan ubi yang diparut, pastikan jangan masukkan semua ya. sila buat dua kali. masukkan ubi parut batch pertama lalu di pukul dengan mixture dalam kelajuan rendah selepas itu masukkan ubi parut batch kedua dan pukul dalam kelajuan rendah. selepas itu masukkan 2 sudu makan tepung gandum yg di ayak (jangan lebih ya, takut nnt padat dgn tepung dan tak rasa ubi kayu tu. hehe) masukkan 1 sudu teh baking powder di ayak dan pukul dengan mixture dalam 2 minit..
  4. Ketiga, part ni kita akan buat putih telur tu sampai jadi macam meringue. saya letak 1 sudut icing sugar tapi kalo korang nak letak gula pasir pun boleh kalo tak nak pun boleh. pukul dengan mixture dalam kelajuan laju ya sampai jadi warna putih meringue..
  5. Keempat, selepas putih telur dah jadi meringue masukkan ke dalam bahan pertama tadi tu ya lepastue gaul kejap sampai merata. ambik loyang sapu dgn marjerin ataupun butter.(kalo korang nak guna butter okay juga lagi semerbak wangi dia. hehe) lepas dah masuk tu bakar dalam oven dlm 180celcius atau ikut suhu oven masing-masing dngn api ats bawah selama 55minit atau sehingga masak. korang boleh guna p'cucuk gigi dan cucuk dlm kue tu kalo dah tak ade lekat2 boleh keluarkan dari oven..
  6. Kelima, panaskan kuali ataupun alat pengukus kalo dah panas masukkan kue tadi ke dalam kuali kukus sehingga 10 minit (part ni sy kukus semula sebab nak rasa moist sikit sbb kalo oven kan takut dia rasa kering so kita kukus kjp dlm 10 minit ya) sejukkan baru potong bentuk petak2 dan sedia dihidang. Selamat mencuba korang 🤗.

Mudah! Resipi Kue Ubi Kayu buat Si Beginner!

Makanan Lezat, Mesra Ekonomi